Pakej PRIHATIN: Fahami Pakej Ini Dengan Contoh Daripada Perdana Menteri

 

pakej prihatin: fahami pakej ini dengan contoh daripada perdana menteri

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat menghadapai situasi COVID-19 ni. Mungkin sesetengah korang tak faham macam mana pembahagian bantuan.

Jadi, sewaktu sidang media memperkenalkan pakej ini, Perdana Menteri ada memberi beberapa contoh untuk difahami. Berikut adalah beberapa contoh yang diberikan oleh Muhyiddin Yassi sewaktu membentangkan pakej ini:

Contoh pertama- Lee Beuty Salon: Meniaga dandanan rambut, mempunyai dua orang pekerja tempatan dan bergaji kurang RM 4,000.

“Pemilik salun ini, Madam Lee ingin merancakkan semula perniagaannya selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

“Dengan pelaksanaan semua bantuan yang telah diumumkan Kerajaan, Madam Lee boleh mendapat manfaat subsidi upah tiga bulan berjumlah RM7,200 dan geran mikro 7 sebanyak RM3,000. Kesuluruhan manfaat yang diterima oleh Madam Lee ialah sebanyak RM10,200,” kata Muhyiddin.

Contoh kedua- Restoran Mi Kolok Haji Salleh, ada lima pekerja tempatan berhaji bawah RM4,000 dan dua pekerja asing.

“Bagi menampung keperluan aliran tunai dalam tempoh PKP, pemilik restoran ini boleh mendapatkan pinjaman kredit mikro BSN sebanyak RM50,000 dan subsidi upah untuk 5 orang pekerja berjumlah RM18,000.

“Di samping itu, pemilik restoran ini juga boleh menikmati penjimatan daripada pengecualian sumbangan KWSP dan HRDF sebanyak RM8,400, tangguhan cukai berjumlah RM5,200, diskaun levi pekerja asing sebanyak RM2,300 dan diskaun bil elektrik sebanyak RM300,” kata Perdana Menteri.

Dengan bantuan dan inisiatif kerajaan, Muhyiddin berkata, Haji Salleh boleh mendapat manfaat, tidak termasuk pinjaman kredit mikro, sebanyak RM34,200 untuk tempoh 3 bulan.

Contoh ketiga- Syarikat Surjit Kau Sdn Bhd, syarikat perabot, ada 15 pekerja di mna 5 pekerja tempatan bergaji bawah RM4,000, 10 pekerja asing, selebihnya bergaji RM 4,000 ke atas.

“Syarikat Surjit Kaur boleh mendapatkan pinjaman Special Relief Facility (SRF) sebanyak RM500,000 dan subsidi upah berjumlah RM18,000.

“Selain itu, syarikat juga boleh menikmati penjimatan melalui pengecualian sumbangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) sebanyak RM8,400, diskaun levi pekerja asing sebanyak RM4,600, tangguhan cukai PKP Mikro sebanyak RM32,700 dan diskaun bil elektrik sebanyak RM100,” kata Perdana Menteri.

 

Sumber: Astro Awani