Pakej PRIHATIN: Demi Selamatkan Pekerja Kerajaan Tambah RM 10 Billion

pakej prihatin: demi selamatkan pekerja kerajaan tambah rm 10 billion

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bantuan tambahan untuk Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN Tambahan) berjumlah RM 10 bilion.

PRIHATIN Tambahan ini difokuskan kepada Perusahaan Kecil Dan Sederhana (SME) serta perusahaan mikro bagi mengurankan beban kwangan. Selain itu, bantuan ini juga dapat membantu dua pertiga pekerja di negara ini untuk terus mendapatkan pekerjaan.

 “Saya sedar bahawa PKS merupakan tunjang utama ekonomi negara. Sektor ini menyumbang lebih dua pertiga daripada jumlah pekerjaan di negara ini dan hampir 40 peratus kepada ekonomi.

“Oleh itu, adalah penting kita pastikan sektor PKS dapat terus cekal dan mampan dalam menghadapi tekanan dan cabaran ekonomi yang melanda kita semua pada waktu ini,” katanya dalam sidang media yang diadakan pada hari Isnin.

Sebelum ini, kerajaan memperuntukkan program subsisi upah bernilai RM5.9 bilion. Dalam PRIHATIN Tambahan program tersebut ditambah sehingga berjumlah RM13.8 bilion.

Berikut adalah beberapa bantuan yang diberikan kepada semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah melalui PRIHATIN Tambahan:

- syarikat yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang, subsidi upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja dikekalkan. Namun, bilangan maksimum pekerja yang layak untuk menerima subsidi akan ditingkatkan daripada 100 orang kepada 200 orang pekerja

- syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 200 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja.

- syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja.

Sumber: Astro Awani