Dalam pakaj ransangan yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, salah satu kemudahan yang diberikan oleh kerajaan adalah membenarkan pemegang akaun KWSP untuk mengeluarkan wang mereka.
Disebabkan terlalu banyak permohonan, maka proses agak rumit dan terdapat banyak kekeliruan.
Maka, pihak KWSP telah mengambil langkah memudahkan rakyat dengan membenarkan pemegang akaun KWSP untuk membuat permohonan melalui laman web iaitu di ilestari.kwsp.gov.my.
Jadi, kalau korang berniat untuk mengeluarkan duit dari akaun KWSP tu, tak perlu dah pergi ke cawangan KWSP. Buka je website tu dan terus apply. Setakat ni kerajaan membenarkan pengeluarkan maksimum RM 500 sebulan selama 6 bulan.
Jadi, gunalah wang tersebut sebaiknya, ya!
Sumber: Astro Awani