Pakej PRIHATIN: Bukan Sekadar Wang Tunai Kepada Rakyat, Ini Juga Bantuan Yang Disalurkan

pakej prihatin: bukan sekadar wang tunai kepada rakyat, ini juga bantuan yang disalurkan

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) adalah salah satu inisiatif kerajaan bagi mengawal ekonomi negara sekali gus membantu rakyat bagi menghadapi penularan wabak COVID-19.

Selain daripada bantuan secara wang tunai kepada rakyat, kerajaan turut membelanjakan sejumlah wang bagi membendung wabak ini. Antara yang dibelanjakan adalah sebanyak RM500 juta bagi membeli peralatan perubatan seperti ventilator dan peralatan ICU, PPE dan keperluan makmal untuk penyakit ini.

Selain itu, kerajaan turut membelanjakan RM 1 Billion bagi membeli peralatan dan pekrhidmatan berkaitan COVID-19 termasuklah khidmat pakar perubatan daripada perkhidmatan swasta.

Wow, banyak juga ya kerajaan berbelanja untuk kesihatan kita semua. Maka, kalau dapat ubat tu jangan lah membazir dan sia-sia kan ya.

Sumber: treasury.gov.my