Pakej PRIHATIN: Bayaran BPN Fasa Kedua Bermula 4 Mei Ini

pakej prihatin: bayaran bpn fasa kedua bermula 4 mei ini

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) merupakan salah satu inisiatif pihak kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin). Bantuan tersebut adalah untuk membantu rakyat bagi menghadapi detik kesukaran sepanjang penularan pandemik COVID-19 dan tempoh PKP.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pihak kerajaan akan memulakan bayaran BPN fasa kedua bermula Isnin depan iaitu 4 Mei.

Jadi, kepada korang yang masih belum isi segera lakukan perkara tersebut dan bagi mereka yang gagal segera membuat permohonan kerana tarikh tutup adalah pada 30 April ini.  

Sumber: Astro Awani