Pakej PRIHATIN: BPN Fasa 2 Mula Dibayar Hari Ini, Semak Dulu Status Baru Pergi Bank!

pakej prihatin: bpn fasa 2 mula dibayar hari ini, cek dulu status baru pergi bank!

Kerajaan akan memulakan pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) fasa 2 mulai 4 Mei 2020 iaitu hari ini. Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentang Perkongsian Laporan Ke-3 Pencapaian PRIHATIN-LAKSANA bulan lalu.

"Dengan sukacitanya, saya ingin berkongsi bahawa pembayaran Fasa Ke-2 untuk kesemua penerima BPN golongan B40 dan M40, samada isi rumah atau individu bujang, akan dibuat mulai 4 Mei 2020," katanya.

Jadi, kepada sesiapa yang dah isi permohonan baru dan buat rayuan boleh lah semak status korang melalui laman web https://bpn.hasil.gov.my/

Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) telah pun ditutup pada 30 April yang lalu. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, korang boleh bawa kad pengenalan dan terus ke cawangan Bank Simpanan Nasional kerana bayaran akan dibuat secara tunai.

Sumber: Astro Awani