Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah selesai membuat semakan ke atas permohonan dan rayuan bagi Bantuan Prihatin Nasional (BPN).
Sebanyak 2.3 juta pemohon telah diluluskan. Jumlah itu termasuklah mereka yang membuat permohonan baru dan juga rayuan. Secara keseluruhannya, BPN fasa ini melibatkan julah RM1.7 bilion.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya, bila duit nak masuk kan?
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pembayaran BPN akan dibuat sekaligus pada 15 Mei ini bagi mereka yang layak.
Korang dah semak keputusan ke belum?
Kalau belum, silalah buat sedemikian melalui pautan https://bpn.hasil.gov.my/
Sumber: Astro Awani