Hari Khamis (27 Februari) yang lalu, Perdana Menteri Interim telah membentangkan satu strategi bagi mengawal ekonomi negara tatkala wabak novel Koronavirus (COVID-19) menyerang dunia.
Strategi yang dikenali sebagai Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 tersebut bertemakan Memperkukuh Keyakinan, Merangsang Pertumbuhan, Melindungi Pekerjaan’. Jadi, kami nak kongsi dengan korang beberapa perkara penting tentang Pakej Rangsangan Ekonomi ni.
1. Inisiatif ni sebenarnya untuk membantu sector pelancongan negara yang sangat terkesan akibat daripada penularan wabak koronavirus
2. Kerajaan akan beri RM 600 kepada pemandu teksi, pemandu bas pelancongan, pemandu pelancong dan penarik beca yang aktif dan berdaftar pada 31 Disember 2019. Bayaran ni akan dibuat secara one-off pada bulan April 2020.
3. Kerajaan akan memberikan elaun khas kepada doktor dan kakitangan perubatan yang lain sebanyak RM 400. Elaun ni berkuatkuasa dari 1 Februari hingga wabak COVID-19 berakhir. Selain doktor, pekerja di pintu masuk pun akan dapat elaun sebanyak RM 200.
4. Caruman pekerja minimum KWSP dikurangkan sebanyak 4% iaitu daripad 11% kepada 7%. Potongan ini akan dijalankan selama sembilan bulan berula 1 April hingga 31 Disember 2020.
5. Kerajaan akan mengawalkan Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sepatutunya diberi pada bulan Mei tetapi diawalkan pada bulan Mac ini.
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia