PKPB: Penduduk Kelantan Kena Tahu Ni

pkpb: penduduk kelantan kena tahu ni

Semua dah tau ke Kelantan sekarang ni di bawah PKPB? Kalau dah tau alhamdulillah. Tapi bukan takat tu je. Ni ada list yang korang kena ambik tau. Senarai apa pulak ye? 

OK antaranya dalam tempoh PKPB ni kanak-kanak 12 tahun ke bawah tak boleh masuk pasar raya dan premis perniagaan.

Larangan ni turut melibatkan individu berisiko.

Waktu operasi pasar raya, pusat beli-belah dan kedai runcit pulak ialah 8.00 pagi sampai 10.00 malam.

Untuk stesen minyak, operasinya antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam kecuali stesen minyak kat lebuh raya yang boleh bukak 24 jam.

Lepas tu majlis kahwin, tunang dan resepsi tak dibenarkan ya buat masa ni kat Kelantan.

Cuma akad nikah masih dibenarkan dengan SOP dan syarat-syarat ditetapkan… Menurut kerajaan negeri, penambahbaikan dan pengubahsuaian SOP PKPB itu dibuat berdasarkan keperluan rakyat Kelantan.

Betullah tu kan? Jaga diri belaka orang Kelantan. Semoga COVID-19 cepat sikit pergi tak dan tak kembali dah. Insya-Allah.


Oleh: KJ
Sumber & foto: AWANI, BERNAMA & Sinar Harian