PKPB: Kejayaan PKPB Bergantung Kepada Rakyat Malaysia- Dr Noor Hisham

pkpb: kejayaan pkpb bergantung kepada rakyat malaysia- dr noor hisham

Semenjak kerajaan mewartakan Perintak Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ramai yang risau dengan kesihatan dan keselamatan mereka.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham menyatakan bahawa kaedah yang kita guna ni dah pun digunakan oleh Taiwan, Korea Selatan serta Vietnam. Apa yang pasti, kaedah ini telah pun berjaya untuk menangani wabak COVID-19.

PKPB ni sebenarnya melatih rakyat untuk sedar akan tanggungjawab sosial mereka. Sama juga SOP yang diguna pakai oleh tiga negara tersebut di mana rakyat patuh kepada SOP yang dikenakan.

"Memang kaedah ini diamalkan di Taiwan, Korea Selatan dan mereka berjaya dan sekarang ini Vietnam juga melaksanakan kaedah-kaedah PKPB dan bukan PKP. Kenapa mereka berjaya? Kalau kita kaji kenapa mereka berjaya tanpa halangan ekonomi contohnya di Taiwan.

"Mungkin mereka telah melalui peperangan. Jadi mereka memastikan kepatuhan kepada SOP untuk mereka hidup. Kalau konsep ini dipraktikkan di Korea Selatan, Taiwan dan Vietnam jadi kita harap rakyat kita patuh dan ada disiplin sosial yang tinggi dan mungkin kita akan berjaya," katanya dalam sidang media harian semalam.

Bukan itu sahaja, Dr Noor Hisham juga meyakinkan bahawa keadaan COVID-19 di Malaysia masih lagi terkawal di sebalik jumlah kes harian yang dilaporkan. Katanya, hospital negara kita dapat menampung kes COVID-19.

Dr Noor Hisham juga menegaskan bahawa kejayaan PKPB bukan bergantung kepada KKM atau kerajaan tetapi kita semua rakyat Malaysia.

Jadi, kepada rakyat Malaysia, tanggungjawab kita hanyalah mengamalkan normal baharu dan menjaga kebersihan semaksimum yang mungkin. Kita pasti menang!

Sumber: Astro Awani