PKPB Dilanjutkan Sehingga 9 Jun, Tidak Dibenarkan Merentas Negeri Untuk Sambut Sebarang Perayaan

pkpb dilanjutkan sehingga 9 jun, tidak dibenarkan merentas negeri untuk sambut sebarang perayaan

Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili kerajaan telah memutuskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negara akan dilanjutkan sehingga 9 Jun depan.

Langkah ini diambil bagi memastikan usaha meemrangi COVID-19 benar-benar berkesan. Perdana Menteri turut menyatakan bahawa keputusan kerajaan yang dibuat pada hari ini adalah berdasarkan nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Selain itu, kerajaan turut tidak membenarkan aktiviti merentas negeri bagi tujuan menyambut sebarang perayaan. Memandangkan perayaan aidilfitri dan hari gawai akan tiba tidak lama lagi, maka kerajaan mengambil langkah ini bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

“Dalam tempoh (PKPB) ini, ada beberapa perayaan utama yang lazimnya akan melibatkan pergerakan orang ramai, iaitu Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai. Jadi saya nak mengingatkan saudara-saudari tentang larangan pergerakan antara negeri yang masih berkuatkuasa dalam tempoh ini.

“Ini bermakna, minta maaf banyak-banyak, saya mohon ampun, demi menjaga keselamatan dan kesihatan kita semua, perjalanan balik kampung merentas sempadan negeri untuk tujuan berhari raya tidak dibenarkan,” katanya.

Sumber: Astro Awani