PKP Datang Lagi!

Kerajaan umum melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bemula Rabu, 13 Januari sehingga 26 Januari 2021.

Tindakan ini diambil ekoran bilangan kes harian COVID-19 yang mencatatkan trend empat digit yang konsisten sejak hujung November lalu.

pkp datang lagi!

PKP kali ini macam mana ye?

i. PKP ke atas enam buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

ii. PKP Bersyarat (PKP-B) ke atas enam buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

iii. PKP Pemulihan (PKP-P) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut.

pkp datang lagi!

 

Apa yang boleh, apa yang tidak?

- Aktiviti sosial seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan berkumpulan adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.

- Bagi negeri-negeri di bawah pelaksanaan PKP-P pula, aktiviti sosial adalah dibenarkan, tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat.

- Pergerakan rentas negeri adalah TIDAK DIBENARKAN di seluruh negara manakala bagi kawasan PKP, pergerakan rentas daerah juga TIDAK DIBENARKAN.

- Bagi negeri yang dilaksanakan PKP, pergerakan anda adalah terhad di dalam 10 kilometer radius sahaja.

- Hanya 2 anggota isi rumah dibenarkan keluar bagi tujuan membeli barangan keperluan dari pasar raya atau kedai runcit yang berdekatan.

pkp datang lagi!

Macam mana dengan kerja?

- Lima sektor yang dibenarkan beroperasi dan dikategorikan sebagai sektor ekonomi perlu (Essential Economic Sector).

- Sektor terbabit ialah pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran, serta perladangan dan komoditi.

- Bagaimanapun, hanya 30 peratus pekerja dalam kumpulan pengurusan yang dibenarkan berada di pejabat.

- Pekerja di dalam kumpulan sokongan, jumlah pekerja yang diperlukan pada satu-satu masa akan ditentukan oleh majikan masing-masing.

- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan memperincikan jenis-jenis perkhidmatan yang disenaraikan sebagai essential economic sector.

- Bagi sektor atau perkhidmatan yang tidak disenaraikan sebagai essential services, arahan bekerja dari rumah atau work from home akan berkuatkuasa.

pkp datang lagi!

Kedai runcit/makan/bank buka ke?

- Sepanjang pelaksanaan PKP kedai makan dan gerai penjaja dibenarkan beroperasi hanya untuk perkhidmatan 'take away'.

- Bagi kawasan PKP-B dan PKP-P, kedua-duanya dibenarkan beroperasi seperti biasa mengikut SOP yang telah ditetapkan.

- Perkhidmatan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi.

- Pasar raya, perkhidmatan kesihatan termasuk klinik, hospital dan farmasi serta bank dibenarkan beroperasi pada tahap berjaga-jaga.

pkp datang lagi!

Calon SPM boleh pergi sekolah ke?

- Pengecualian diberikan kepada pelajar dan calon peperiksaan utama termasuk peperiksaan SPM bagi sesi 2020 dan 2021.

- Mereka dibenarkan hadir ke sekolah dengan SOP yang ketat.

- SOP lanjut akan diperincikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

pkp datang lagi!

Boleh pergi masjid tak?

- Hanya ahli jawatankuasa masjid atau rumah ibadat dibenarkan hadir di negeri yang dilaksanakan PKP dengan jumlah maksimum 5 orang.

- Bagi negeri yang dikenakan PKP-P dan PKP-B, aktiviti keagamaan masih dibenarkan dengan bilangan kehadiran minimum yang ditetapkan di dalam SOP.

pkp datang lagi!

Rasanya tiada masalah untuk kita semua patuhi SOP PKP kali ini sebab kita semua pernah laluinya bukan?

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin kita berpeluang untuk membendung dan memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 daripada

menjadi lebih teruk.

Jadi, terus patuhi SOP ditetapkan dan amalkan 3S iaitu tempat yang sesak, tempat yang sempit dan jangan sembang dekat-dekat.