Memandangkan ramai pelajar yang terpaksa menggunakan internet untuk menjalankan sesi pembelajaran di rumah, pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan data 1 Gigabit secara percuma.
Menurut laporan AWANI, pemberian ini akan berlangsung sehinggalah hujung April ini. Kerajaan tela membelanjakan RM500 juta untuk inisiatif ini.
"Selain itu, pakej langganan khas untuk pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pengajian Malaysia (STPM) akan diperluaskan kepada pelajar institusi pengajian tinggi.
"Pakej ini juga akan disediakan sehingga hujung April 2021. Kerajaan berharap kedua-dua usaha industri telekomunikasi tersebut akan dapat meringankan beban pengguna," katanya semasa mengumumkan pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) pada Isnin lepas.
Sumber: Astro Awani