Orang Ramai Diminta Jangan Hadir Ke PPV Sekiranya Tiada Temu Janji

Orang ramai yang tidak mempunyai janji temu berkaitan mendapatkan vaksin COVID-19 disarankan agar tidak hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

orang ramai diminta jangan hadir ke ppv sekiranya tiada temu janji

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata perkara tersebut adalah untuk membendung jangkitan wabak tersebut daripada terus tercetus.

“Kalau mereka datang pada hari yang tiada janji temu ini akan tingkatkan (berlaku) jangkitan COVID019 akibat kesesakan yang tidak dapat dikawal.

“Sebab itu saya merayu kepada orang ramai jangan datang ke PPV sekiranya tiada janji temu yang telah dihantar menerusi MySejahtera atau tidak menerima panggilan pada hari tersebut,” ujar Khairy menerusi satu sidang media perkembangan PICK yang diadakan hari ini.

Jelasnya lagi, hal tersebut disebabkan masih ada sebahagian daripada pendaftar vaksin yang berada dalam senarai menunggu.

Beliau turut memaklumkan, setiap PPV telah dibekalkan senarai nama penerima vaksin sebelum panggilan dibuat kepada mereka untuk hadir bagi proses suntikan vaksin.

Terdahulu, terdapat keluhan daripada beberapa pihak berhubung perihal mereka tidak dipanggil untuk menerima vaksin sedangkan pendaftaran telah pun dibuat pada peringkat awal.

Hal terbabit mengakibatkan ada sesetengah pihak yang hadir ke PPV untuk mendapatkan vaksin biarpun tidak membuat sebarang janji temu.

 

Sumber: [1]