Noh Salleh Dan AG COCO Hasilkan Lagu Buat Pejuang Negara Yang Melawan COVID-19

noh salleh dan ag coco hasilkan lagu buat pejuang negara yang melawan covid-19

Pelbagai cara dan bentuk sekarang ni orang nak zahirkan rasa penghargaan mereka kepada barisan hadapan negara yang terus melawan COVID-19, kan? Ada yang berkemampuan dihargai dengan cara wang ringgit. Yang bertenaga, dihargai dengan meringakan beban orang lain.

Tidak mahu ketinggalan,platform digital Gempak bersama Noh Salleh dan AG COCO turut menghasilkan sesuatu bagi menghargai mereka. Dua artis ini telah menghasilkan lagu tribute berjudul Sentiasa Di Sini.

Lebih menarik lagi, 26 penyanyi telah menyokong projek ini dan menyumbangkan suara mereka tanpa mengenakan sebarang bayaran. Antara artis yang terlibat ialah Faizal Tahir, NJWA, Dayang Nurfaizah, Naim Daniel, Kashika, Ali Masdo, Mimi One Nation Emcee, Nicole Lai, Syamel, Ara Johara, Ernie Zakri dan semestinya Noh Salleh sendiri.

Turut terlibat memberi sokongan ialah Azlan Typewriter, Marsha Milan, Imran Ajmain, EL Ceria Popstar, Yoyo, Dinda, Umairah, Nehsan Selvaraj, Danny Ah Boy, Jacqueline, Putera Muhammad, Masya Masyitah, Ucop dan Xavier.

Lagu ini telah dirakam secara berasingan. Setiap penyanyi yang terlibat telah menghantar audio dan visual nyanyian mereka kepada AG COCO. Setelah itu, AG COCO menggabungkan segala audio untuk menjadi sebuah lagu yang indah. Suntingan video pula telah dilaksanakan oleh pasukan Gempak.

Korang dah boleh tonton muzik video dan dengar lagu ni dekat semua saluran TV, Radio dan Digital Astro mulai hari ini.