Neelofa Minta Netizen Bawa Bertenang

Selebriti ternama, Neelofa tampil memberi penjelasan mengenai kontroversi rentas negeri berkaitannya yang dilihat telah mencetuskan perasaan amarah dalam kalangan warganet sejak kebelakangan ini.

neelofa minta netizen bawa bertenang

Menerusi satu hantaran di Instagram Story pada Khamis lalu, ujarnya, “Bertenang semua di luar sana... tak launch lagi (dapat) free marketing, dah gegar satu negara... syukur rezeki Allah atur.”

Penjelasan tersebut dibuat berikutan namanya yang meledak di Twitter baru-baru ini akibat dituduh menyalahgunakan kebenaran rentas negeri untuk berbulan madu bersama pasangannya, PU Riz.

Perkara tersebut juga sudah dijelaskan sebuah syarikat pembekal makanan dan minuman popular yang mengatakan bahawa keberadaan selebriti itu bersama suaminya di zon utara, iaitu Sungai Petani dan Langkawi, Kedah dan Kangar, Perlis adalah tidak lain tidak bukan atas urusan bekerja dan bukannya untuk suka-suka.

Terang mereka lagi, lawatan terbabit adalah bertujuan untuk meninjau lokasi-lokasi baru yang bakal dibuka di zon tersebut tidak lama lagi.

Dalam perkembangan lain, kerajaan Kelantan mengangkat Neelofa sebagai Tokoh Sayyidatina Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith Bagi Kategori Tokoh Berpengaruh Mega atau influencer sempena sambutan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2021.

Pengiktirafan tersebut menjadikan wanita jelita kelahiran Pasir Mas itu sebagai sebahagian daripada 14 wanita yang menerima anugerah dalam majlis tersebut.

Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) merupakan sebuah program tahunan anjuran  Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, bertujuan meraikan dan mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan wanita terhadap negeri Kelantan.

 

Sumber: [1]