Nak Mohon Pengeluaran KWSP i-Sinar? Ini Dokumen Yang Diperlukan

nak mohon pengeluaran kwsp i-sinar? ini dokumen yang diperlukan

Hari ini KWSP telah membuka permohonan mengeluarkan wang daripada Akaun 1 kepada seluruh ahlinya yang terjejas akibat COVID-19. KWSP telah membahagikan permohonan kepada dua kategori  bagi memudahkan urusan pemohon dan KWSP.

Kategori 1 adalah mereka yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja dalam sektor ekonomi gig, mereka yang sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan suri rumah atau mereka yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Untuk kategori ini, anda tidak perlu menyertakan dokuman sokongan kerana kelulusan akan diberi secara automatik berdasarkan data dalam KWSP. Anda hanya perlu memohon secara dalam talian melalui laman web https://isinar.kwsp.gov.my . Jika permohonan diluluskan, pembayaran akan bermula pada pertengahan Januari 2021.

Untuk kategori 2 pula adalah mereka yang terdiri daripada pekerja yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas, termasuk pengurangan gaji dan elaun atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020.

Bagi kategori ini, anda memerlukan dokumen sokongan iaitu penyata gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan serta notis pemberhentian ataupun notis pemotongan elaun atau tuntutan kerja lebih masa.

Jika anda tidak boleh kemukakan dokumen tersebut, jangan risau kerana anda boleh menyertakan dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan. Anda juga perlu membuat permohonan secara dalam talian melalui laman web yang sama iaitu https://isinar.kwsp.gov.my/ mulai 11 Januari 2021.

Untuk kategori ini, pihak KWSP akan memaklumkan status permohonan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran pula akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya sejurus kelulusan diberikan.

Sumber: Astro Awani