Lebih setahun wabak Covid-19 menular di seluruh dunia.
Virus merbahaya ni bukan sahaja menjejaskan kesihatan manusia malah merencatkan ekonomi negara.
Ramai yang terkesan dengan pandemik ini terutamanya dari segi sumber pendapatan untuk jalani kehidupan seharian.
Di Malaysia, pelbagai bantuan telah diperkenalkan antaranya Bakul Prihatin Negara.
Permohonan bagi mendapatkan bantuan itu telahpun dibuka Isnin lalu melalui kaedah ini :
- Hubungi Bilik Gerakan JKM di 108 buah daerah di seluruh negara
- Talian Kasih 15999 atau Whatsapp ke 019-2615999
- Media sosial rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Tapi, disebabkan permohonan yang sangat tinggi, 3 talian tambahan telahpun disediakan :
- 03-8323 2176 atau 03-8323 2177 atau 03-8323 2178.
- Penggunaan Google Form di talian 017-729702.
Ini bukti yang masyarakat kita bertul-betul terkesan dan perlukan bantuan.
Bagi yang mampu, ambil tahu tentang keluarga terdekat, jenguk jiran-jiran yang mungkin memerlukan bantuan anda.
Sama-sama kita jaga kita.
Oleh Izzati Amir