NASA Beri Pengiktirafan Kepada Rakyat Malaysia Ini Yang Cipta Tandas Untuk Angkasawan

nasa beri pengiktirafan kepada rakyat malaysia ini yang cipta tandas untuk angkasawan

Seorang rakyat Malaysia, Kevin Lim Chin Seong telah mendapat kredit daripada pihak NASA untuk tandas rekaannya. Tanda ni bukan biasa-biasa tau sebab tandas ini boleh digunakan untuk angkasawan yang berada di angkasa lepas.

Baru-baru ni NASA telah mengadakan satu cabaran di mana mereka membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk mencipta kubikel tandas yang sesuai digunakan di angkasa lepas. Ini merupakan salah satu projek NASA unruk menghantar angkasawan mereka ke bulan pada tahun 2024.

Angkasawan Artemis NASA akan makan dan minum serta membuang air dalam keadaan microgravity dan gravity bulan. Walaupun sebelum ni ada je tandas dekat ISS, tapi alat tersebut kurang praktikal untuk bulan.

Cabaran tersebut telah ditutup pada 25 Jun lepas dan NASA telah menerima lebih 2000 penyertaan dari seluruh dunia. Rekaan jurutera dari Malaysia ini telah menerima hadiah honourable mention daripada pihak NASA.

Sumber: The Rakyat Post