Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh dijangka bermula pada hari ini, 11 November dan berakhir pada Mac 2021.
Menurut kenyataan itu juga, mereka menjangkakan terdapat empat hingga enam episode hujan lebat yang signifikan akan berlaku.
Fasa awal Monsul Timur Laut dijangka terjadi dari November hingga Disember. Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka akan menerima hujan lebat sepanjang tempoh tersebut.
MET Malaysia turut menyatakan bahawa seandainya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut, risiko banjir menjadi lebih buruk agak tinggi. Jadi, orang ramai dinasihatkan peka dengan amaran hujan lebat dan angin kencang.
Sumber: Facebook MET Malaysia