Mural Hero Negara Diconteng Dengan Perkataan Kesat

mural hero negara diconteng dengan perkataan kesat

Baru-baru ini seorang pelukis mural, Suhaimi Ali telah melakarkan mural berimejkan beberapa orang hero negara. Antaranya, YDP Agong, Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

Mural tersebut telah mendapat perhatian ramai pihak. Malah, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sendiri telah perkenan untuk melihat mural itu.

Bagaimanapun, pagi ini mural tersebut telah diconteng dan divandalisme. Lebih menyedihkan mural tersebut diconteng dengan kata-kata kesat dan perkataan yang tidak septautnya.

Buat masa sekarang, Majlis Bandaraya Shah Alam telah mengecat dinding dengan lukisan mural itu dengan cat berwarna putih. Pihak berkuasa juga sedang menjalankan siasatan akan kes itu.

Tak sepatutnya benda ni jadi dekat negara kita.