Mulai Ahad Ini, KL Jadi Wilayah Bebas Berniaga!

Ada jugak yang hilang kerja dan terpaksa beralih kepada bidang perniagaan untuk mencari rezeki.

mulai ahad ini, kl jadi wilayah bebas berniaga!

Kat sini ada berita baik untuk warga KL yang nak berniaga!

Bermula Ahad ini, korang diberi kebenaran buka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan, di mana-mana kawasan yang sesuai di sekitar bandar raya.

Lagi best, korang hanya perlu mohon lesen perniagaan sementara selama 6 bulan di laman web DBKL secara percuma!

mulai ahad ini, kl jadi wilayah bebas berniaga!

Tapi pastikan tempat yang dipilih selamat, tak mengancam keselamatan awam, tak menyebabkan kesesakan lalu lintas, dan paling penting kena jaga kebersihan.

Ini antara langkah Kementerian Wilayah Persekutuan untuk bantu warga KL yang terkesan dengan pandemik COVID-19 jana pendapatan melalui bisnes.

Baru-baru ni kan viral pasal kisah Puan Mary yang hilang pekerjaan sebagai tukang cuci akibat COVID-19.

mulai ahad ini, kl jadi wilayah bebas berniaga!

Sekarang ni, dia terpaksa jual nasi lemak dan bihun menggunakan troli di sekitar Taman Desa untuk tanggung 3 anak dan ibunya.

Dengan adanya kemudahan ni, diharap dapat bantu golongan yang senasib dengan Puan Mary untuk jana pendapatan.

#kitajagakita

Oleh: Izzati Amir