Medical Relief Society (Mercy Malasyia) telah pun menerima 1059 panggilan daripada orang ramai bagi membuat aduan berkaitan krisis COVID-19 dan ketidaktentuan berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Exco Mercy Malaysia, Dr Hariyati Shahrima Abdul Majid berkata, panggilan lebih meningkat ketika fasa kedua. Secara puratanya, pihak mereka menerima panggilan 20 hingga 30 kali sehari. Namun, semenjak PKP fasa kedua diadakan, Mercy Malaysia menerima kira-kira 200-300 panggilan setiap hari.
Kebanyakkan yang telefon pihak mereka adalah untuk mendapatkan sokongan dari segi informasi, emosi serta fizikal.
“Ada kes di mana ahli keluarga yang terputus hubungan dan mereka yang tidak dapat pulang berjumpa anak-anak dan ibu bapa.
“Ada juga yang risaukan ibu bapa yang tinggal berseorangan dan mengalami masalah kesihatan yang kronik dan serius.
“Selain itu, ada juga warga emas yang menelefon kami serta meminta nasihat bagaimana ingin membuat panggilan ke hospital dan juga yang bertanya bagaimana ingin membuat pesanan makanan,” katanya.
Jadi, kalau korang rasa emosi terganggu terutma sekali barisan hadapan, boleh lah call nombor 011-63996482, 011-63994236 atau 03-29359935.
Bermula Ramadan waktu operasi bermula dari 8 pagi hinggalah 4.30 petang.
Sumber: Astro Awani