Mat Sentul Rindu Kenangan Lama

Sering kali kita melihatnya menerusi siri Mat Sentul yang popular pada era perfileman Melayu 60-an dahulu.

mat sentul rindu kenangan lama

Bintang veteran, Mat Sentul atau nama sebenar Abdul Rasip Yahya kini dikhabarkan terlantar sakit di rumahnya di Johor Bahru.

Menerusi satu laporan yang dikeluarkan media tempatan, akui Mat Sentul yang hampir mencecah usia 88 tahun, dia amat merindu rakan-rakan artis yang pernah bersama-sama mewarnai dunia perfileman Melayu klasik pada suatu ketika dahulu.

Kini, Mat Sentul bergantung pada anaknya untuk bergerak selain perlu mendapatkan rawatan susulan hampir setiap minggu di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Dalam pada itu, baru-baru ini, bintang veteran itu juga menerima kunjungan dairpada Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) di rumahnya yang terletak di Larkin, Johor Bahru.

mat sentul rindu kenangan lama

Kongsi wakil MAINJ, Nasir Ishak, “Dalam kunjungan itu, keadaan kesihatan Mat Sentul atau mesra dipanggil Pak Mat dilihat semakin merudum dimamah usia dengan kebanyakan masa di rumah dia hanya terlantar terbaring sahaja.

Tambahnya lagi, “Tutur katanya juga kurang jelas dan dia perlu dipimpin oleh anaknya untuk bergerak ke mana-mana sahaja. Bagaimanapun, ingatannya masih jelas apabila bercerita tentang filem yang pernah dibintangi dan sesekali terukir senyuman di wajahnya.”

Dalam pada itu, Nasir juga sempat menambah bahawa anaknya ada berkongsi bahawa ayahnya itu rindu untuk bertemu dengan rakan seperjuangannya. Luah anaknya lagi, sejak Mat Sentul jatuh sakit, tiada rakan artis yang datang berkunjungnya.

Terdahulu, Mat Sentul pernah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) akibat strok haba pada 2018.

 

Sumber: [1]