Malaysia Tak Hantar Jemaah Menunaikan Haji Tahun Ini

malaysia tak hantar jemaah menunaikan haji tahun ini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah memaklumkan bahawa tiada jemaah haji dari Malaysia untuk tahun ini.

Keputusan tersebut dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Berdasarkan kepada taklimat yang disampaikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH) serta perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 9 Jun 2020, ibadat haji untuk semua rakyat Malaysia bagi Musim Haji 1441 Hijrah adalah ditangguhkan

"Semalam, saya telah menjemput Duta Kerajaan Arab Saudi ke Malaysia untuk bertemu dan menyerahkan surat rasmi penangguhan ibadah haji bagi Malaysia untuk disampaikan kepada Dr Mohammed Saleh Taher Banten selaku Menteri Haji dan Umrah Kerajaan Arab Saudi.

Dr Zulkifli juga memaklumkan bahawa terdapat beberapa negara yang turut menangguhkan jemaah haji mereka. Antaranya Indonesia, Singapura, Kemboja, Thailand dan Brunei. Beliau menyampaikan perkara tersebut dalam sidang media khas.

Sumber: Sinar Harian