Topik pasal makanan ni jarang sangat tak dapat perhatian warganet kat Malaysia.
Nak-nak pulak pasal kemudahan mendapatkan makanan. Tak gitu?
Ni termasuklah pasal kes waktu operasi premis atau kedai makan time PKP ni.
Semuanya dikatakan berpunca daripada rasa tak puas hati sebab tak sempat order makanan kat kawasan PKP.
Yelah sekarang ni restoran, kedai makan ngan gerai makan kat kawasan PKP boleh beroperasi 6.00 pagi sampai 8.00 malam je.
Ha lagi satu tapau ngan delivery je boleh…no dine-in ye! Tu yang jadi kecewa untuk sesetengah orang terutama yang kena kerja pagi, balik pulak dah lewat petang. Sampai rumah je dah senja. Delivery pun katanya ambik order sampai 7.30 malam je. Tu yang frust. Lagipun orang lapar ni jangan buat memain. Mau hangin satu badan kan? 😂
Kalau ikut kenyataan Persatuan Pengusaha Makanan Melayu Islam W.P & Selangor (PERMAS), ramai pelanggan mengadu masa suntuk sangat untuk mereka beli makanan.
Ada jugak dalam kalangan frontliners. Mereka ni pun keletihan dan fokus dah tentu tugas pada negara. Dapat tapau makanan tu secara tak langsung memudahkan urusan mereka.
PERMAS jugak yakin majoriti peniaga patuh SOP termasuk yang lebih ketat. Lagipun penjarakan fizikal tetap terjaga pasal takde acara makan-makan kat premis makanan. OK, ada logiknya.
Bagi pihak kerajaan pulak, menteri berkaitan memaklumkan perkara ni sedang dikaji.
Pada hemat KJ macam ada harapan…macam je ye, belum pasti lagi. Apapun kita tunggu pengumumannya dalam masa terdekat.
Dapat alhamdulillah, tak dapat pun tetap alhamdulillah sebab kedua-duanya ada sebab yang baik. Ha senyumlah sikit dan buatlah pre-order sesiap makanan untuk esok. Eh! 😊
Lagi satu jangan lupa semua negeri dah naik pangkat ke PKP, kecuali Sarawak. Sayangi diri dan orang yang korang sayang jugak.
Oleh: KJ
Sumber & foto: AWANI, BERNAMA, Sinar Harian, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo, Utusan, Free Malaysia Today, MStar, Internet & media sosial