Baru-baru ni tular satu video di twitter tentang pasangan yang menghadiahi ibu bapa mereka sebuah kereta.
Pasangan Amzar dan Fairuzziela yang berusia 26 tahun itu telah berpakar untuk membeli kerta apabila bapa mertuanya, Abdullah yang berusia 61 tahun perlu menunggang motosikal ke klinik ketika bulan Ramadan.
"Saya tersentap dan sedih sangat sebab umur ayah tidak sesuai untuk menunggang motosikal kerana membahayakan. Ibu dan ayah memang tidak pernah berhajat untuk memberi kereta kerana mereka selesa bersederhana," katanya kepada Sinar Harian.
Pada hari kejadian, mereka merancang nak bawa ibu bapa keluar makan di Kuala Perlis.
"Pada awalnya, ibu dan ayah menyangkakan itu kereta baharu kami tapi apabila kami buat kejutan, ayah dan mak menangis terharu.
"Ketika itu ayah pula demam, mungkin jiwanya sensitif dan mudah tersentuh. Lagipun ayah memang sudah lama tiada kereta," ujarnya.
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Kalau korang tengok pun confirm meleleh air mata weh!
Sumber: Twitter @feyrose_