Majlis Akad Nikah Boleh Diadakan Tapi Tak Boleh Dihadiri Lebih 30 Orang

majlis akad nikah boleh diadakan tapi tak boleh dihadiri lebih 30 orang

Sebentar tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah mengadakan sidang media.

Antara intipati penting adalah berkenaan majlis akad nikah. Menurutnya, pihak kerajaan telah membenarkan majlis akad nikah diadakan di premis yang ditetapkan oleh JAWI. Bagaimanapun, hanya 30 orang sahaja yang boleh hadir. Jurufoto juga dibenarkan dan tidak termasuk dalam bilangan 30 orang tersebut.

Selain itu, Solat Jumaat diperluaskan sehingga satu pertiga daripada kapasiti masjid atau surau. Namun, perintah ini hanya untuk yang berada dalam kawasan Zon Hijau dan Kuning di Wilayah Persekutuan.

Sumber: Astro Radio News