Macam Ni Cara Nak Tebus 1GB Internet Percuma Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

macam ni cara nak tebus 1gb internet percuma sepanjang perintah kawalan pergerakan

Baru-baru ni Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan satu inisiatif yang dinamakan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat. Pakej tu adalah untuk membantu rakyat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKPK).

Antara inisiatif yang diberikan oleh pihak kerajaan adalah data internet percuma sebanyak 1GB. Orang ramai boleh dapat data percuma ni sehinggalah tarikh PKP tamat.

So, ini antara cara untuk korang tebus data internet tersebut mengikut telco:

1. CELCOM

Untuk pengguna CELCOM korang tak payah risau sebab CELCOM akan kreditkan data tersebut secara automatic bermula jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari.

2. DIGI

Pengguna DIGI kena buat tuntutan data internet percuma ni melalui MyDIgi.

3. MAXIS

Untuk pengguna MAXIS, korang boleh tebus data internet percuma ni dekat MyMaxis app. MyMaxis Biz app Hotlink Flex app atau Hotlink RED app tak un UMB.

4. U MOBILE

Bagi pengguna prepaid, korang boleh dial *118*7# kemudian piliha Special Offer. Bagi pengguna postpaid pula korang boleh dial *118*7# dan pilih tawaran istimewa.

5. TUNETALK

Kalau korang pengguna TUNETALK, korang boleh apply data percuma tu melalui sms. Hantar je STAYHOME ke 222.

6. ONEXOX

Pengguna telco ini boleh dapatkan internet percuma melalui OnEXOX Black app atau dial je USSD *150#