MK K-Clique Jadi Duta Pusat Tuisyen, Suntik Semangat Pelajar Peperiksaan Awam

mk k-clique jadi duta pusat tuisyen, suntik semangat pelajar peperiksaan awam
Foto: Instagram @hairiwhuut/ @aqoimran

Penyanyi Rap terkenal. K-Clique, MK dilantik sebagai duta pusat tuisyen bertempat di Bandar Baru Bangi Selangor.
 
Dia percaya tanggungjawab yang digalas itu datang dengan amanah yang murni serta besar.
 
"Sejujurnya saya mengambil masa memikirkan untuk menyatakan persetujuan sebagai duta pusat akademik berkenaan.
  
"Saya dilamar pihak mereka sekitar Oktober tahun lalu.  Ketika itu pun saya sudah mula diundang pihak berkenaan sebagai panel jemputan bersama teman artis lain.
 
"Ketika itu fungsi dan peranan saya lebih kepada memberi semangat dan mendorong calon SPM 2020 yang berdepan pengalaman dan cabaran berbeza di era pandemik COVID-19 ini," jelasnya. 
MK berkata, dia mula menandatangani perjanjian bersama pusat akademi itu hujung tahun lalu. 


Oleh: Mohd Ishahrulddin