Liga-M Ditunda Seminggu.

liga-m ditunda seminggu.

Kena tunda pulak saingan Liga Malaysia musim ini.

Tapi jangan risau sebab penundaannya tak lama pun. Seminggu je.

Menurut MFL,  saingan Liga-M yang sepatutnya bermula 26 Februari depan ditunda kepada 5 Mac.

Sebabnya tidak lain tidak bukan kerana pelaksanaan PKP hampir  di seluruh negara sehingga 4 Februari.

Habis PKP, esok terus sambung?  ...... Haa, ni nak cerita ni.

MFL sudah berbincang dengan wakil-wakil kelab Liga-M dan satu keputusan telah dicapai yakni semua pasukan mahu sekurang-kurangnya  3 minggu untuk jalani persiapan sebelum liga bermula.

Jadi, kira punya kira, MFL pun tunda lah saingan liga selama seminggu untuk beri masa kepada pasukan dan pemain jalani latihan.

Sebab kalau tak ada persiapan takut pemain senang cedera. Bila senang cedera, terjejas la pasukan dan kualiti perlawanan. Bila terjejas kualiti perlawanan, terjejas jugak la kualiti liga kita. Haa, nampak?

liga-m ditunda seminggu.

Oleh kerana semua pasukan tak boleh berlatih dalam tempoh PKP ni, MFL juga telah sediakan SOP ketat iaitu latihan berpusat secara kuarantin.

Langkah ini dibuat supaya pemain boleh berlatih sambil mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Ada satu lagi berita tak baik ni. Hmm.

liga-m ditunda seminggu.

Saingan Piala FA musim ini pula batal terus!

Piala FA dikorbankan dalam kalendar untuk mengelakkan pasukan berdepan jadual padat.

Mana taknya, ada aksi kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 yang membabitkan skuad Harimau Malaya.

Belum habis itu... 3 pasukan Liga-M iaitu JDT, Kedah dan Terengganu FC pula akan beraksi pada Liga Juara-Juara Asia dan Piala AFC. Kalau tambah Piala FA, banyak sangat perlawanan.

Sebab kalendar Liga-M musim ini bakal menyaksikan Liga Super, Liga Premier, Piala Malaysia dan Challenge Cup diteruskan.

Kepada semua peminat bola sepak tempatan, bersabarlah sedikit lagi...kita akan tetap menikmati aksi pemain kita , cuma lewat sikit.

Yang penting, kita sama-sama berusaha memutuskan jangkitan rantaian COVID-19 di negara ini.

 

Oleh: Karami Kamel