Lepak Kat Kolam Renang Pulak Time PKP Ni. Degil!

Eh! Ada pulak yang katanya bersantai lepak tepi kolam renang masa PKP ni. Kejadiannya kat Pulau Pinang baru-baru ini dan 3 suspek lelaki dahpun ditahan. Ikut laporannya, siap cabar lagi pak guard suh pi buat report report polis. Tu dia! Amboi! 

lepak kat kolam renang pulak time pkp ni. degil!

Sebenarnya nilah yang kita bimbang. Memang majoriti patuh tapi bila ada segelintir ingkar, bila-bila masa boleh menyebabkan kes COVID-19 meningkat. Virus ni benda tak nampak. Kalau tak jaga SOP susahlah kita nak kawal. Asalnya kena sorang je lepas tu berjangkit kat 10. Lepas tu membawak kepada 100 orang. Sedar tak sedar zuppp naik sampai lebih 5,000 kes sehari baru-baru ini. 

lepak kat kolam renang pulak time pkp ni. degil! 

Eh! sebelum sambung nak tanya, semua dah tau kan PKP 2.0 sambung sampai 18 Februari kecuali Sarawak?  

OK sebut pulak pasal denda dan kompaun. Bagi yang ada simpanan bertingkat membusut berkepuk dan dalam zon selesa kompaun tu benda kecik je tapi macam manalah dengan yang kais pagi ni dan kena kais lagi pagi esok…barulah dapat makan tengah harinya…nilah yang membuatkan banyak pihak dalam dilema terutama kerajaan.  

Satu lagi nak kongsi, kerajaan dah maklumkan tindakan lebih berat tanpa kompomi selepas Khamis ni ke atas individu dan pihak yang ingkar PKP. 

Bukannya seronok nak menghukum terutama bila yang bersalahnya orang yang kurang berkemampuan jadi jalan tengahnya kita usahakanlah patuh SOP. Sebab walau macam mana kayapun korang tapi bila denda yang korang mampu bayar sambil pejam mata tu terpaksa dibayar oleh golongan B40 yang dalam dalam kesusahan itu sangat pedih untuk mereka. Mungkin denda tu bersamaan gaji mereka beberapa bulan. Diulang, usahakan patuh SOP. Usahakan juga menjadi individu yang simpati dan ada empati, bukannya pentingkan diri sendiri. Jangan sia-siakan jugak pengorbanan petugas barisan hadapan yang semakin ramai burnout kerana keletihan melampau.   

Selamat mengharungi PKP 2.0 pusingan kedua, Malaysia. 



Oleh: KJ 

Sumber & foto: AWANI, Sinar Harian, penangkini.com, Kosmo, Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro & Internet