Lelaki Letak Batu Nisan Dalam Lubang Pada Sebuah Jalan

lelaki letak batu nisan dalam lubang pada sebuah jalan

Seorang lelaki telah menarik perhatian media sosial apabila meletakkan sebuah batu nisan dalam lubang pada sebatang jalan di Klang.

Beberapa siri foto yang dinaikkan pada laman Facebook Ikatan Silaturrahim Brotherhood Shah Alam telah menarik perhatian orang ramai.

Menurut post tersebut, batu nisan itu sebagai symbol kepada risiko nyawa pengguna jalan raya yang terpaksa berhadapan dengan jalan yang berlubang.

Selepas 12 jam status tersebut berlegar-legar di ruang media sosial, pihak berkuasa tempatan telah menjalankan proses pembaikan dan menampal lubang pada jalan yang bermasalah.

Sumber: The Malay Mail