Lelaki Berusia 45 Tahun Dikompaun RM10, 000 Kerana Pakai ‘Mask’ Di Dagu

Seorang lelaki berusia 45 tahun dikompaun RM10, 000 gara-gara tidak mengenakan pelitup muka dengan betul.

lelaki berusia 45 tahun dikompaun rm10, 000 kerana pakai ‘mask’ di dagu

Kejadian tersebut berlaku di Tanjung Piandang, Parit Buntar.

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat, kompaun tersebut dikeluarkan pada 1:20 tengah hari pada 12 Mac lalu di sebuah kedai runcit di Tanjung Piandang.

"Berdasarkan pemerhatian dan siasatan anggota, lelaki itu gagal memakai pelitup muka dengan sempurna dan hanya meletakkannya di dagu ketika masuk dan keluar dari premis berkenaan.

"Oleh demikian anggota mengeluarkan satu notis kompaun kepada lelaki terbabit di bawah Seksyen 21A (1) Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021.”

Lanjutnya lagi, pengurangan jumlah saman tersebut adalah tertakluk pada bidang kuasa Pegawai Kesihatan Daerah.

Dalam pada itu, Superintendan Mazuki Mat turut menyeru orang ramai agar terus patuh pada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

Sumber: HM