Lelaki Bergelang Putih 'Kantoi' Pandu Lalu Beli Makanan Di Pulau Pinang

Baru-baru ini, tular beberapa keping foto yang memperlihatkan seorang lelaki yang dipercayai sedang berada bawah Pengawasan dan Pemantauan di Rumah (HSO) bertindak keluar dari rumah dan memandu di sebuah restoran makanan segera.

lelaki bergelang putih 'kantoi' pandu lalu beli makanan di pulau pinang

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Bagan Ajam, Butterworth, Pulau Pinang.

Susulan itu, pihak berkuasa negeri tersebut kini sedang melakukan pencarian terhadap individu terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, pihaknya kini dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia sedang mengesan lelaki itu.

Lelaki yang memandu kereta jenis Proton Saga itu didakwa mengenakan gelang berwarna putih yang mana tindakannya itu kemudian tular setelah fotonya dimuat naik ke laman Facebook pada Ahad lalu.

Dalam foto yang tular di Facebook itu, lelaki tersebut kelihatan memandu kereta jenis Proton Saga yang mana dia didakwa mengenakan gelang berwarna putih sambil menunggu pesanan pandu lalunya siap.

Dia juga dilihat mengenakan pelitup muka berwarna hitam di bawah dagu sambil membuka tingkap kereta.

Lebih mengejutkan, turut kelihatan ialah seorang kanak-kanak yang menampal gel penyejuk badan pada dahi, dipercayai sedang demam.

Pengguna Facebook mengecam tindakan tidak bertanggungjawab lelaki itu kerana dia sepatutnya sedang menjalani kuarantin di rumah dan bukannya bertindak memandu keluar ke tempat awam.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir pengguna Facebook yang menyatakan simpati mereka terhadap lelaki terbabit dan mendakwa kemungkinan dia terpaksa keluar membeli makanan susulan tiada kenalan atau keluarga yang dapat membantunya berbuat sedemikian.

 

Sumber: [1]