Penularan COVID-19 benar-benar mengubah dunia dan negara kita juga telah banyak perubahan yang terjadi serta pengalaman norma baharu. Salah satu norma baharu yang dilalui oleh kita semua adalah perlu mendaftar apabila masuk ke dalam sebuah premis dan tempat.
Norma baharu ini telah banyak membantu pihak kerajaan dan KKM untuk mengawal penularan COVID-19 di dalam negara kita. Sebab itu lah, kita semua diwajibkan untuk scan aplikasi MySejahtera sebelum masuk ke mana-mana premis dan tempat. Perkara ini dikongsi oleh Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika Sorotan COVID-19 Sepanjang 2020.
Selain itu, Tan Sri Dr Noor Hisham juga menyatakan, setakat 23 Disember 2020, sudah terdapat lebih 25 juta pengguna berdaftar akan aplikasi ini. Bukan itu sahaja, MySejahtera telah merekodkan daftar masuk sebanyak 2.46 bilion sehingga 28 Disember lepas.
Aplikasi ini juga mendapat kerjasama strategik daripada pelbagai Kementerian dan agensi seperti MKN, MAMPU, MCMC dan beberapa agensi lagi.
Bukan itu sahaja, Tan Sri Dr Noor Hisham juga telah berkongsi pelbagai perkara berkaitan KKM sepanjang COVID-19 melanda negara pada tahun lepas.
Terima kasih buat seluruh warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah bertungkus lumus menjaga keselamatan dan kesihatan negara.
Sumber: kpkesihatan.com