PKP 2.0 sambung lagi 2 minggu, macam mana? Okay ke tuuu?
Okay ke tak okay, kita kena terima kenyataan yang kita belum menang dalam perang melawan Covid-19.
Dengan bersambungnya PKP, dah tentulah penguatkuasaan SOP akan lebih ketat tambah-tambah lagi kes positif harian masih 4 angka.
Menteri Kanan Keselamatan pun dah ingatkan sebelum ni, penguatkuasaan SOP akan lebih ketat bermula hari ni!
Bukan itu sahaja, orang ramai pun digalakkan untuk jadi mata dan telinga pihak berkuasa kalau ada mana-mana individu yang langgar SOP.
Contohnya kalau ada yang tak jaga penjarakan fizikal atau berkumpul ramai-ramai di kawasan kediaman, orang ramai dialu-alukan untuk laporkan terus kepada pihak polis.
Jangan ambil mudah dengan SOP yang ditetapkan, sampaikan ada yang mengadakan majlis keramaian lepas tu muat naik pulak gambar dan video di media sosial tanpa rasa bersalah!
Tolong lah ada rasa tanggungjawab dalam diri untuk membantu kerajaan dan terutamanya frontliners yang berjuang habis-habisan untuk hentikan penularan Covid-19 ketika ini.
Tugas kita sangat mudah, patuh SOP, patuh SOP dan patuh SOP!
Barulah #kitajagakita
P/S : Sedih dan terharu bila mengenangkan ramai frontliners yang berhabis tenaga dan terpaksa berdepan risiko dijangkiti Covid-19 setiap hari. Salute!
Oleh: Izzati Amir