Lagi Jenama Fesyen Lokal Cipta Sejarah Menerusi Kolaborasi Disney

Semakin hari, dapat kita lihat jenama-jenama fesyen lokal yang kian meningkat malahan ada juga yang mengambil langkah dengan berkolaborasi dengan jenama antarabangsa.

lagi jenama fesyen lokal cipta sejarah menerusi kolaborasi disney

Terbaru, CalaQisya pula menyertai senarai tersebut menerusi pelancaran koleksi terbaru mereka, CalaQisya x Disyen Raya and The Last Dragon yang mula dikeluarkan di pasaran bermula hari ini.

lagi jenama fesyen lokal cipta sejarah menerusi kolaborasi disney

Menurut jenama tersebut, keputusan untuk berkolaborasi dengan Disney itu diambil adalah kerana keistimewaan watak Raya dalam filem Disney’s Raya and the Last Dragon yang mengangkat tema kepahlawanan wanita.

lagi jenama fesyen lokal cipta sejarah menerusi kolaborasi disney

Luah Yana Khairudin, Ketua Pegawai Eksekutif CalaQisya, filem Disney sudah menjadi sebati dalam diri dan adik-beradiknya sejak kecil lagi.

“Walaupun sudah meningkat dewasa, kami masih menonton filem Disney untuk menggembirakan hati terutama selepas menempuhi hari yang panjang.”

Lanjutnya lagi, “Tidak keterlaluan jika kami katakan, kerjasama dengan Disney ini adalah piala kemenangan terunggul dalam sejarah CalaQisya yang akan sentiasa kami julang sepanjang hayat,” katanya.

lagi jenama fesyen lokal cipta sejarah menerusi kolaborasi disney

Filem Disney’s Raya and the Last Dragon telah mula ditayangkan di Malaysia sejak 5 Mac lalu.

lagi jenama fesyen lokal cipta sejarah menerusi kolaborasi disney

lagi jenama fesyen lokal cipta sejarah menerusi kolaborasi disney

Disney’s Raya and the Last Dragon mengisahkan seorang puteri berasal dari Asia Tenggara yang harus mencari naga terakhir yang terkenal demi mengembalikan keamanan tempat kelahirannya yang berpecah-belah.

Turut terlibat dalam penulisan filem terbabit ialah penerbit dan penulis skrip kelahiran Malaysia, Adele Lim yang turut menulis skrip untuk filem Hollywood terkenal pada 2018, Crazy Rich Asians.