Lagi 1,196 Kes Positif Baharu Dicatatkan, Selangor Terus Menjadi Negeri Tertinggi

lagi 1,196 kes positif baharu dicatatkan, selangor terus menjadi negeri tertinggi

Berdasarkan statistic COVID-19 semalam, jumlah kes positif baharu ialah sebanyak 1,196 kes. Daripada jumlah itu, 1191 merupakan kes tempatan dan lima merupakan kes import. Secara kumulatifnya, sudah terdapat 105,096 kes positif di negara kita.

Untuk kes sembuh pula, KKM melaporkan 997 kes bagi hari semalam. Secara kumulatifnya terdaoat 84,411 kes sembuh yang telah didaftarkan oleh KKM.

Sementara itu, KKM juga melaporkan 1 kes kematian dan secara keseluruhannya menjadikan 452 kes.

Negeri Selangor terus mencatatkan negeri tertinggi dengan 392 kes baharu diikuti Kuala Lumpur (202) dan Johor (194). Untuk semalam juga, hanya negeri Perlis yang tidak melaporkan sebarang kes positif.  

Sumber: KKM