Lagi 1,594 Kes Positif Baharu Dicatatkan, Hanya Perlis Dan Labuan Tiada Kes

lagi 1,594 kes positif baharu dicatatkan, hanya perlis dan labuan tiada kes

Berdasarkan statistic COVID-19 semalam, jumlah kes positif baharu ialah sebanyak 1,594 kes. Daripada jumlah itu, 1591 merupakan kes tempatan dan lima merupakan kes import. Secara kumulatifnya, sudah terdapat 106,690 kes positif di negara kita.

Untuk kes sembuh pula, KKM melaporkan 1,181 kes bagi hari semalam. Secara kumulatifnya terdapat 85,592 kes sembuh yang telah didaftarkan oleh KKM.

Sementara itu, KKM juga melaporkan tiga kes kematian dan secara keseluruhannya menjadikan 455 kes.

Negeri Selangor terus mencatatkan negeri tertinggi dengan 697 kes baharu diikuti Kuala Lumpur (194) dan Johor (191). Untuk semalam juga, hanya negeri Perlis dan Labuan yang tidak melaporkan sebarang kes positif. 

Sumber: KKM