Kuarantin Sendiri Dekat Rumah Selepas Positif COVID-19? Boleh Ke?

kuarantin sendiri dekat rumah selepas positif covid-19? boleh ke?

Selepas korang didapati positif COVID-19, perkara yang bermain dalam fikiran korang semestinya nak kuarantin dekat mana kan?

Ok, sebenarnya untuk tempat kuarantin ni ada beberapa kriteria yang membolehkan korang untuk kuarantin di rumah atau tak.

Menurut kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata minggu lepas, untuk pesakit tahap satu dan dua, korang boleh kuarantin di rumah sahaja. Tetapi, mesti lah di bawah pengawasan yang ketat daripada pihak kesihatan.

Sekiranya korang nak berkuarantin sendiri di rumah, ini kriteria yang perlu korang penuhi:

1. Korang haruslah tidak mempunyai sebarang simptom ataupun sekadar simptom biasa.

2. Korang tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan yang berisiko tinggi.

3. Korang mempunyai seseorang yang boleh jaga keadaan korang.

4. korang harus berada di tempat yang membolehkan korang mengasingkan diri daripada orang lain di dalam rumah tu.

Bagaimanapun, keputusan untuk kuarantin dekat rumah ni bukanlah atas pilihan korang sendiri.

Pekerja kesihatan dari COVID-19 Assessment Centre (CAC) yang akan melihat keadaan korang dan juga rumah korang bagi memastikan sejauh mana boleh menjalankan kuarantin sendiri di rumah.

Sekiranya korang terfikir kenapa kuarantin 10 hari je, menurut Kementerian Kesihatan, penyebaran virus ini selepas tempoh tersebut adalah sangat rendah.

Tapi, jangan nak teruja untuk kuarantin sendiri dekat rumah ya sebab ada beberapa syarat yang perlu korang patuhi sekiranya perlu kuarantin di rumah:

 

 

Ingat, sentiasa pakai pelitup muka, jaga penjarakan fizikal dan keraplah membasuh tangan untuk kita memutuskan rantaian COVID-19.

Sumber: SYOK English