Bermula esok 10 April 2021, orang ramai boleh mengunjung ke R&R Elmina (Utara) di Lebuhraya Guthrie untuk berehat dan menjamu selera serta bersantai-santai dengan pembaharuan yang dilakukan oleh PROLINTAS.
Sebelum ini, hentian R&R Elmina (Utara) ditutup selama empat bulan bagi kerja-kerja naik taraf. Dalam penaiktarafan itu juga pihak PROLINTAS Expressway Sdn Bhd selaku pemegang konsesi bagi Lebuhraya Koridor Guthrie, telah memilih konsep “industrial minimalist” sebagai satu konsep yang lebih segar, ruang rehat lebih kondusif serta membawa elemen lanskap yang lebih hijau.
Antara kemudahan yang ditawarkan di kawasan rehat dan rawat ini adalah 12 gerai makanan dan minuman. Selain itu sebuah restoran premium yang menyajikan hidangan sate Kajang oleh Restoran Sate Kajang Haji Samuri.
Terdapat juga kemudahan tambahan yang disediakan iaitu kiosk kudap-kudapan. Pengguna juga boleh menggunakan fasiliti asas seperti surau yang lebih luas, tandas, serta taman permainan kanak-kanak
Esok kalau betul nak pergi makan sate dekat sana jangan lupa jaga SOP taw!
Oleh: Abdul Rahman Khairuddin