“Kita mensasarkan 6,000 kes dalam seminggu,"- Tan Sri Dr Noor Hisham

“kita mensasarkan 6,000 kes dalam seminggu,- tan sri dr noor hisham

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan kes positif COVID-19 mencecah 6,000 kes seminggu. Jumlah itu melebihi 1,000 kes positif seperti mana yang dijangkakan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Jangkaan ini disampaikan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian semalam.

Menurut beliau angka tersebut dijangkakan berikutan pihak kementerian telah melipathandakan usaha di lapangan.

"Jika USM menjangkakan 5,000 kes dalam tempoh dua minggu, kita mensasarkan 6,000 kes dalam seminggu," Kata Tan Sri Dr Noor Hisham.

Selain itu, beliau juga menyatakan pihak KKM memerlukan masa tiga minggu bagi melandaikan lekuk penularan COVID-19.

Tan Sri Dr Noor Hisham juga menyatakan bahawa KKM boleh mencapai sasaran tersebut sekiranya seluruh rakyat Malaysia memberi kerjasama yang padu dengan mematuhi SOP.

Sumber: Berita Harian