Kalau korang menganggap Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ni satu perkara yang tak perlu diambil kisah, korang salah! Tidak bermakna kerajaan membenarkan pembukaan semula ekonomi, masala COVID-19 sudah selesai.
Kita perlu ingat akan pesanan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di mana beliau mahu kan kita terus mengamalkan normal baharu setiap masa dan setiap tempat.
Terbaru, KKM telah mengesan empat lagi kluster baharu. Jika kita tidak mengawal atau mengamalkan normal baharu,tidak mungkin masalah pandemik ini akan menjadi lebih teruk pada masa depan.
Empat kluster tersebut ialah Kluster Pedas (8 Mei), kluster pusat beli belah Cheras (7 Mei), kluster Taman BDC Kuching (4 Mei) dan Kluster Lanchang (2 Mei).
Sehubungan dengan itu, jagalah penjarakan sosial dan amalkan kebersihan semaksimum yang mungkin. Kita tidak mahu lagi berada di dalam rumah untuk dua bulan mendatang. Sama-sama kita lawan COVID-19.
Sumber: Astro Awani