Ketua Pengarah Kesihatan Dipilih Menyertai Saintis Dunia Untuk Memerangi COVID-19

ketua pengarah kesihatan dipilih menyertai saintis dunia untuk memerangi covid-19

Semenjak berlakunya penularan COVID-19 ni, ramai yang mengenali akan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Ketenangannya dalam menangani isu global ini membuatkan ramai yang menganggap beliau sebagai hero negara.

Terbaru, Dr Noor Hisham Abdullah akan menyertai sekumpulan saintis dunia untuk membuat kajian bagi memerangi pandemik COVID-19. Wow!

Beliau merupakan salah seorang yang telah menandatangani dan ahli Gabungan Penyelidik Klinikal COVID-19 tersebut.

"Pandemik COVID-19 memberi kesan kepada kita semua, jadi jika terdapat penyelesaian yang ditemui atau dibangunkan, ia akan tersedia untuk semua pihak menerusi kerjasama ini

"Gabungan ini menggalakkan lebih banyak kolaborasi global dan mendorong keupayaan kami untuk mencari penyelesaian dan memperkuat keupayaan saintifik kami untuk melawan pandemik ini," kata Dr Noor Hisham.

Gabungan tersebut terdiri daripada saintis, pakar perubatan, penderma dan pembuat dasar dari 70 insituti yang mewakili 30 buah negara.

Antara ahli dalam gabungan tersebut ialah  Profesor Universiti Kesihatan dan Sosial Sosial Kolokotrones di Sekolah Perubatan Harvard, Paul Farmer; Ketua Pengarah Institut Pasteur di Perancis, Stewart Cole; dan saintis kanan di University of Oxford, Philippe J Guerin.

Wow, hebatnya!!!

Sumber: Astro Awani