Pengisytiharaan darurat pada hari ini turut menambah kesan kepada pasaran saham selepas pengumuman PKP, semalam.
Ketua Pegawai Operasi Majalah Labur, Eza Ezamie berkata, keadaan ini menyebabkan pelabur panik dan pasaran saham jatuh semula.
"Dalam keadaan tidak menentu ini lebih baik kita tunggu keadaan kembali reda sebelum kita ambil keputusan untuk masuk semula dalam pasaran"
Bursa saham Kuala Lumpur hari ini ditutup pada 1,612.04 turun 5.21 mata.
Oleh : Abdul Rahman Khairuddin