Kes Positif Tertinggi Harian Dicatatkan Pada Hari Terakhir 2020

kes positif tertinggi harian dicatatkan pada hari terakhir 2020

31 Disember mencatatkan kes positif harian tertinggi dengan 2,525 kes. Jumlah tersebut menyebabkan jumlah keseluruhan kes meningkat sehingga 113,010.

Daripada jumlah kes positif baharu itu, 2,512 daripadanya merupakan kes tempatan dan 13 kes import. Selain itu, angka kematian turut meningkat pada 471 kes apabila lapan kematian dilaporkan pada hari semalam.

Jumlah kes aktif juga bertambah sehingga 23,598 kes. Terdapat 131 kes yang ditempatkan di dalam ICU dan 60 daripadanya diberikan bantuan alat pernafasan.

Negeri Selangor terus mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 1,205 kes positif baharu.

 

 

Sumber: Instagram KKM