Kes Positif Satu Digit Untuk Tiga Hari Berturut-turut, Terima Kasih Frontliners!

kes positif satu digit untuk tiga hari berturut-turut, terima kasih frontliners!

Kes positif COVID-19 di Malaysia ni semakin hari semakin baik. Semalam, kes COVID-19 mencatatkan angka yang paling rendah iaitu sebanyak dua kes sahaja.

Untuk tiga hari kebelakang termasuk semalam, angka kes positif terus beada pada satu digit. Menurut KKM, rekod baharu yang boleh dibanggakan apabila dua hari berturut-turut tiada kes tempatan yang melibatkan rakyat tempatan.

 

Selain itu, jumlah kluster turut berkurangan. Semalam, KKM telah menamatkan dua lagi kluster iaitu Kluster Selangor Mansion dan Kluster IPT Sabah.

Segala berita baik ini tidak dapat diraih tanpa kerjasama daripada kita semua. Terima kasih buat frontliners yang telah bertungkus lumus memastikan keadaan negara berada dalam keadaan terkawal.

Terima kasih juga kepada anda semua yang terus mematuhi segala perintah kerajaan. Terus amalkan penjarakan sosial dan keraplah membasuh tangan dengan air bersih serta sabun. Amalkan norma baharu semaksimum yang mungkin.

Kita dah nak menang ni!