Kes Positif Kembali Lebih 1,000 Kes, Adakah PKPB Akan Disambung?

kes positif kembali lebih 1,000 kes, adakah pkpb akan disambung?

Semalam, 3 Disember KKM telah melaporkan pertambahan kes positif COVID-19 baharu iaitu sebanyak 1,075 kes. Daripada jumlah itu, 1,072 kes merupakan kes tempatan dan tiga daripada kes import. Secara keseluruhannya sudah terdapat 69,095 kes positif di Malaysia.

Bagi kes sembuh pula, KKM telah melaporkan sebanyak 948 kes telah berjaya diselesaikan. Secara kumulatifnya sudah terdapat 57,917 kes sembuh di Malaysia.

Bagaimanapun, kes kematian bertambah sehingga dua angka. Setakat semalam 11 kes kematian lagi dilaporkan dan menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 376 kes.

Berdasarkan angka-angka di atas, korang rasa pihak kerajaan akan sambung di PKPB di beberapa negeri tak?

Sama-sama kita nantikan.