Nampaknya, penularan virus COVID-19 masih belum menunjukkan penurunan dari jumlah kes positif. Setakat semalam, kes positif terus mencecah 871 kes. Secara khususnya sudah dua hari beruturut-turut kes positif melebihi 800 kes.
Sabah terus menjadi negeri paling banyak melaporkan kes positif apabila 702 kes telah dilaporkan setakat semalam. Antara daerah yang tinggi akan kes positif ialah Kota Kinabalu (127), Semporna (141) dan Lahad Datu (98).
Jadi, kepada korang semua mohon jaga segala SOP dan patuh kepada segala perintah yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Jangan diambil ringan akan perkara ini kerana musibah ini mampu mengambil nyawa dan menyerang sesiapa sahaja.
Jaga penjarakan fizikal apabila berada di tempat awam serta sentialah memakai pelitup muka. Selain itu, jangan lupa untuk sentiasa mendaftar diri dengan aplikasi MySejahtera bagi memudahkan hari depan. Jaga kebersihan semaksimum mungkin kerana hanya dengan perkara ini sahaja kita dapat memutuskan rantaian penularan COVID-19.
Kes 18/10/2020
Kes 17/10/2020